Kajian menunjukkan kulit manusia mula kehilangan kolagen seawal usia 25 tahun. Kalau ditambah dengan gaya hidup yang tak sihat, kesan penuaan akan muncul lebih cepat daripada sepatutnya. Itu sebabnya ada orang baru awal 20-an, tapi kulit sudah nampak kusam, garis halus muncul, dan wajah kelihatan lebih berusia.
Tak hairanlah ramai yang obses mencari rahsia awet muda. Ada yang sampai sanggup berbelanja besar untuk produk mahal, ada yang percaya pada petua tradisional, dan ada juga yang cuba segala rawatan moden. Tapi kebenarannya, kalau rutin harian kita penuh dengan tabiat yang salah, apa-apa usaha pun tidak akan beri hasil yang tahan lama.
Sebenarnya, untuk kekal awet muda bukanlah sesuatu yang mustahil. Rahsianya bukan terletak pada satu produk, tetapi pada tabiat harian yang konsisten. Jadi, kalau anda betul-betul nak tahu rahsia awet muda, elak 4 tabiat ini.
1. Kurang Tidur & Rehat Tak Cukup
Tidur adalah masa tubuh kita melakukan proses repair mode. Bila kita tidur dengan cukup, kulit membina kolagen, sel diperbaharui, dan wajah bangun pagi lebih segar. Tetapi kalau selalu tidur lewat, eyebag akan mula muncul, kulit jadi kusam, dan garis halus lebih cepat kelihatan.
- Rahsia awet muda 1: pastikan anda tidur antara 7–8 jam setiap malam. Tidur yang berkualiti bukan sahaja buat wajah nampak muda, malah membantu tenaga dan mood kekal stabil sepanjang hari.
2. Malas Pakai Sunscreen
Sinar UV adalah musuh utama kulit muda. Pendedahan kepada matahari tanpa perlindungan boleh menyebabkan pigmentasi, jeragat, dan kedutan lebih awal. Ramai yang rajin pakai skincare malam, tapi skip sunscreen pada siang hari. Inilah salah satu tabiat yang tanpa sedar merosakkan kulit dari dalam.
- Rahsia awet muda 2: jadikan sunscreen rutin harian, walaupun hanya duduk di rumah atau dalam pejabat. Ingat, sinar UV boleh tembus tingkap dan tetap memberi kesan pada kulit.
3. Stress
Stress memang sebahagian daripada hidup, tetapi kalau dibiarkan berlarutan, ia memberi kesan besar pada kulit. Hormon cortisol yang naik semasa stress boleh merosakkan kolagen dan elastin, iaitu komponen penting yang menjaga kulit tegang dan muda. Akibatnya, muka lebih mudah nampak tua, kulit kusam, dan jerawat naik tanpa henti.
- Rahsia awet muda 3: belajar kawal stress dengan cara sihat. Luangkan masa untuk diri sendiri, bersenam, lakukan meditasi, atau buat aktiviti yang anda suka. Bila minda tenang, kulit pun akan lebih berseri.
4. Diet Tak Seimbang
Apa yang kita makan memberi kesan terus kepada kulit. Gula berlebihan, fast food, dan kurang sayur-buah boleh menjadikan kulit cepat kusam dan mudah mengalami radang. Sebaliknya, nutrisi yang cukup membantu kulit kekal lembap, anjal, dan glowing secara semula jadi.
- Rahsia awet muda 4: amalkan diet kaya dengan antioksidan, vitamin C, dan omega-3. Contohnya buah beri, ikan salmon, sayuran hijau, dan kacang-kacangan. Bukan sahaja kulit lebih sihat, malah keseluruhan badan pun rasa lebih bertenaga.
Konsistensi
Ramai orang fikir awet muda datang dari produk paling viral atau rawatan paling mahal. Hakikatnya, ia tentang konsistensi jangka panjang. Skincare yang sesuai memang penting, tapi kalau tabiat harian tak dijaga, kesannya tetap singkat.