Dah buat skincare rutin yang betul, minum air cukup, makan makanan sihat, tapi kenapa jerawat still naik? Ramai orang fikir yang itu sahaja dah cukup untuk maintain kulit cantik dan clear, tapi sebenarnya, ada banyak lagi punca jerawat di muka yang kita tak sedar, termasuk punca jerawat di pipi, di dagu, di dahi, batu dan yang paling degil sekali, jerawat nasi. Jom kita pelajari 7 punca jerawat yang mungkin selama ni kita tak sedar!

Sarung Bantal Kotor
Pernah tak terfikir punca jerawat di pipi mungkin datang dari sarung bantal sendiri? Setiap malam kita tidur, kulit muka akan terdedah pada minyak, peluh, dan kotoran yang melekat pada sarung bantal. Dan bila kita tak tukar sarung bantal dengan kerap, kotoran itu akan berpindah ke muka dan akan menyumbatkan pori.
Jadi, tukarlah sarung bantal seminggu sekali. Mudah sahaja, tapi sangat berkesan untuk kulit!

Selalu Sentuh Muka
Tak kira apa kita buat atau tanpa kita sedar, tangan kita sentiasa akan sentuh muka. Masa berfikir, scroll telefon bimbit, atau menggaru. Sebenarnya, tangan kita penuh dengan bakteria dan kotoran. Jadi, setiap kali kita pegang muka, bakteria itu boleh masuk ke liang pori dan menyebabkan jerawat. Ini adalah antara punca jerawat di muka dan jerawat nasi yang ramai tak sangka.
Apa yang kita boleh buat ialah cuba elakkan pegang muka lebih dari yang perlu. Dengan ini, kulit kita lebih terjaga!
Tak Cuci Sunscreen & Makeup
Sunscreen dan makeup memang kerap kita pakai. Tapi kalau tak cuci betul-betul, sisa produk boleh menyumbat pori dan jadi punca jerawat di dagu dan kawasan T-zone. Sebab itu lah kita kena sentiasa membuat double cleansing.

Double cleansing ni penting untuk pastikan kulit betul-betul bersih. Mula dengan buang makeup guna micellar water atau makeup remover, kemudian cuci muka dengan pencuci muka yang sesuai. Barulah kulit akan rasa fresh, pori tak tersumbat, dan jerawat pun kurang naik.
Stress Menyebabkan Jerawat
Stress bukan hanya ganggu mental kita, tapi juga kulit kita! Dan bila kita stress, tubuh kita akan keluarkan hormon kortisol yang merangsang penghasilan minyak berlebihan. Minyak ini juga akan menyumbat pori dan menjadi punca jerawat batu. Bila stress datang, cuba ambil masa untuk relax.
Produk Rambut Terkena Muka
Produk rambut seperti hairspray, gel, atau serum sebenarnya boleh jadi punca jerawat tanpa kita sedar. Lagi-lagi kalau anda ada fringe atau suka biar rambut kena ke arah muka. Bila sisa produk tu terkena kulit, pori boleh tersumbat dan boleh jadi punca jerawat di dahi dan kawasan sekitar rambut. Jadi, cuba untuk elakkan rambut yang penuh produk itu sentuh muka.
Makanan Penyebab Jerawat
Betul orang kata, apa yang kita makan akan nampak pada kulit. Kadang-kadang, jerawat itu bukan sebab skincare kita salah, tetapi lebih kepada apa yang masuk dalam perut. Makanan yang tinggi kandungan gula, dairy, dan makanan berminyak seperti fast food boleh jadi punca jerawat batu yang dalam dan sakit, terutama kalau kita makan secara berlebihan. Dan sebenarnya, gula boleh naikkan kadar insulin, dan itulah yang boleh merangsang pengeluaran minyak pada kulit kita.
Untuk dapatkan kulit yang sihat dan cantik, tak perlu berkorban besar pun. Cukup dengan kurangkan makanan yang disebut diatas. Gantikan dengan lebih banyak sayur segar, buah-buahan, air kosong, dan makanan yang kaya dengan antioksidan.

Alat Solek Kotor
Pernah terfikir tak, berus makeup yang kotor itu sebenarnya boleh jadi punca jerawat di muka? Kalau kita selalu guna berus yang tak dicuci, bakteria, minyak, dan kotoran lain yang terkumpul dalam berus itu akan pindah ke muka. Dan bila bakteria ini mula ‘berjaya’ masuk ke dalam liang pori, ia boleh cetuskan jerawat, especially di pipi dan dagu. Jadi, walaupun skincare kita dah perfect, berus makeup yang tak bersih boleh membuat semua usaha itu sia-sia.
Ingat, kulit yang cantik bermula dari diri kita sendiri. So, let's say goodbye to jerawat and hello to clearer, happier skin!