Kalau tengok iklan skincare sekarang, perkataan ceramide memang selalu muncul. Semua kata ia produk must-have untuk kulit sihat dan muda. Tapi, pernah tak terfikir ceramide tu untuk apa sebenarnya? Adakah ia sekadar trend, atau memang ada kuasa rahsia yang buat kulit kita kekal anjal?
Mari kita kupas rahsia ceramide dengan tip untuk elakkan kesilapan bila guna.
Apa Sebenarnya Ceramide?
Bayangkan kulit kita macam tembok bata. Batu-bata itu adalah sel kulit, dan simen yang memegangnya adalah ceramide. Tanpa “simen” ini, tembok akan runtuh, air mudah keluar, dan kulit pun jadi kering, kasar, dan cepat berkedut.
Jadi kalau tanya ceramide itu apa, jawapannya ialah untuk menguatkan skin barrier, iaitu mengunci kelembapan, dan melindungi kulit kita daripada pencemaran serta radikal bebas. Itulah sebabnya ia popular dalam krim pelembap dan serum anti-penuaan.
Rahsia Ceramide
Kalau pernah dengar ceramide, itu sebenarnya merujuk kepada pendekatan full coverage dalam penjagaan kulit. Bukan sekadar sapu ceramide di permukaan muka sahaja, tapi ia memastikan juga kulit kita menerima perlindungan dan pembaikan dari semua sudut. Dengan rutin yang betul, kulit akan lebih:
-
Anjal – sebab ceramide mengekalkan kelembapan optimum
-
Licin – mengurangkan tekstur kasar
-
Muda – memperlahankan tanda penuaan awal
Bahan Yang Ceramide Tidak Boleh Digabung Dengan
Ini bahagian yang ramai orang terlepas pandang. Walaupun ceramide mesra dengan kebanyakan bahan, ada beberapa kombinasi yang boleh mengurangkan keberkesanannya. Contohnya, ceramide tidak boleh digabung dengan produk yang mengandungi pH terlalu rendah seperti sesetengah asid kuat (high concentration AHA/BHA) jika digunakan terus selepasnya, kerana ia boleh mengganggu fungsi ceramide sebagai pelindung kulit.
Tip: Kalau nak guna keduanya, jarakkan masa atau guna pada waktu berlainan (pagi dan malam).
Cara Maksimumkan Kebaikan Ceramide
Kalau dah tahu ceramide untuk apa, langkah seterusnya adalah memaksimakan fungsinya. Ini antara cara terbaik:
-
Guna Semasa Langkah Pelembap
Ceramide paling efektif bila kulit dah cukup lembap. Jadi, pastikan sapu toner atau essence dulu sebelum pelembap ceramide. -
Cari Produk dengan Pelbagai Jenis Ceramide
Kulit kita ada banyak jenis ceramide semula jadi. Sebab itu, pilihan produk dengan multi-ceramide bagus untuk perlindungan menyeluruh. -
Konsisten
Jangan tunggu kulit kering baru nak guna. Amalkan ceramide setiap hari, pagi dan malam.
Kenapa Ceramide Penting untuk Kulit Tampak Lebih Muda?
Kulit kita memang sudah mengandungi ceramide, tapi jumlahnya berkurang bila umur meningkat kerana terdedah kepada matahari, atau terlampau guna produk pengelupasan. Bila simpanan ceramide merosot, kulit jadi nipis, kering, dan lebih senang nampak garis halus.
Dengan rutin ceramide yang konsisten, kita sebenarnya top up “simen” kulit supaya temboknya kekal kukuh. Hasilnya? Kulit anjal, glowing, dan nampak muda walaupun usia terus bertambah.